Ahad, 30 Ogos 2009
Tazkirah Ramadhan

Allah menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk hamba-hamba-Nya sentiasa berlumba-lumba melakukan kebajikan .Kerana banyak kelebihan dan keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan Ramadan yang perlu direbut oleh hamba-Nya. Hari-hari yang berlalu sepanjang bulan Ramadan adalah peluang keemasan yang berharga yang pasti tidak akan dilepaskan berlalu begitu sahaja oleh mereka yang mengerahui kelebihan bulan Ramadan.
Antara kelebihan bulan Ramadan ialah tawaran keampunan daripada Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beribadah pada bulan yang mulia ini. Kerana daripada Allah dosa-dosa Mereka terampun.
Rasulullah SAW berabda ;
"أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرُ بَرَكَةٍ يَغْشَاكُمُ اللهُ فِيهِ، فَيُنْزِلُ الرَّحْمَةَ وَيَحُطُّ الْخَطَايَا وَيَسْتَجِيْبُ فِيهِ الدُّعَاءَ يَنْظُرُ اللهُ تَعَالىَ اِلَى تَنَافُسِكُمْ فِيهِ وَيُبَاهِىْ ِبكُمْ مَلاَئِكَتُهُ فَأَرُوا اللهَ مِنْ أَنْفُسِكُمْ خَيرًا فَإِنَّ الشَّقِيَّ مَنْ حُرِّمَ ِفيهِ رَحْمَةُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ."
Maksudnya : "Apabila tibanya Ramadan bulan keberkatan maka Allah melindungi kamu pada bulan tersebut, ia menurunkan rahmat-Nya, mengampunkan segala dosa dan memperkenankan doa. Pada bulan ini Allah melihat perlumbaan kamu melakukan ibadah dan para malaikat sangat berbangga melihat ibadah yang kamu lakukan. Maka tunjukkanlah kepada Allah segala kebaikan yang kamu lakukan kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan mendapat rahmat Allah pada bulan tersebut." Hadis riwayat At-Tabrani
Sabtu, 29 Ogos 2009
Satu Hidayah Seribu Jalan

Beberape Cara Langkah Menuju Kesempurnaan

>1. Banyakkan zikir dan berdoa kepada Allah
>2. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
>3. Sayangi dan bersantun dengan fakir miskin
>4. Jangan rasa takut kecuali hanya pada Allah
>5. Jangan marah berlebih-lebihan.
>6. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
>7. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kepada Allah
Langgan Catatan [Atom]